Infaq Pembangunan Masjid
Projek penambahan ruang solat terbuka di bahagian belakang Masjid Al-Mukhlisin bagi menampung kehadiran jemaah yang semakin meningkat. Fasa ini memberi fokus kepada pengumpulan dana, pengesahan pelan serta proses kelulusan pihak berkuasa.
Apa Yang Anda Bantu?
- Memberi keselesaan jemaah ketika hujan atau majlis besar.
- Menyokong kelulusan projek dengan komitmen dana awal.
- Menambah baik kapasiti ruang solat hingga 1,104 kaki persegi.
Status Kutipan Semasa
Dana Infaq Pembangunan Masjid
Gambaran langsung jumlah yang telah dikutip berbanding sasaran RM250,000.
Jumlah Terkumpul
Ingin untuk bantu kami untuk mencapai sasaran?
Jom berinfaq sekarangKeluasan
1,104 kaki²
Ruang solat baharu bersambung dengan dewan utama.
Kos Anggaran
RM 250,000
Termasuk struktur bumbung, lantai, elektrik & landskap.
Status
Proposal & Dana
Tarikh mula & siap akan diumumkan selepas kelulusan.
Kehadiran jemaah di Masjid Al-Mukhlisin semakin bertambah sehingga ramai terpaksa bersolat di luar bangunan utama hanya beralaskan kanopi sementara. Ketika hujan, ruang sempit ini menjadi tidak selesa dan menimbulkan risiko keselamatan.
Penambahan ruang solat terbuka kekal akan memastikan pengalaman ibadah yang lebih damai, memelihara kebersihan, dan memberi ruang selesa kepada warga emas, wanita serta kanak-kanak.
Sokongan anda memastikan komuniti Taman Jaya 6 terus menikmati kemudahan masjid yang kondusif untuk aktiviti harian, kelas dan majlis ilmu.
- Nama Projek
- Penambahan Ruang Solat Masjid Al-Mukhlisin
- Lokasi
- Bahagian belakang Masjid Al-Mukhlisin, Taman Jaya 6, Temerloh
- Keluasan
- 1,104 kaki persegi
- Kos Anggaran
- RM 250,000 (sebelum tender)
- Penganjur
- Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Mukhlisin
- Status Terkini
- Proposal, reka bentuk & pengumpulan dana
- Tarikh Mula & Siap
- Belum dimuktamadkan (bergantung kelulusan & dana)
*Imej awal. Pelan terperinci akan dikongsi selepas diluluskan.
*Foto sebenar akan dimuat naik selepas sesi penggambaran rasmi.
28 Mac 2024 - Kini
Pelancaran Kempen Infaq
Kempen diumumkan kepada komuniti & platform dalam talian.
Sedang berjalan
Penyediaan Proposal & Pelan
Mengumpul lukisan arkitek, keperluan teknikal & kos terperinci.
Tarikh Akan Dimaklumkan
Libat Urus & Kelulusan
Pertemuan bersama pihak berkuasa tempatan & pengumpulan sokongan komuniti.
Tarikh Akan Dimaklumkan
Mula Pembinaan
Ditentukan selepas kelulusan dan dana mencukupi.
Tarikh Akan Dimaklumkan
Siap Pembinaan
Anggaran dikemas kini selepas jadual pembinaan dimuktamadkan.
INFAQ TABUNG PEMBANGUNAN MAMTJ6
Jom sama-sama sempurnakan rumah Allah.
Sumbangan anda membantu kami bergerak ke fasa pembinaan secepat mungkin.
Sumbang dalam tabung khas di masjid
atau mana-mana pilihan infaq dibawah